LAGI 2 HARI!!!!!!!!!
Rasa amat gembira kerana besok dah jumaat.dan lusanya ialah hari sabtu, di mana aku akan bertunang dengan Sabrina. Betapa berdebarnya perasaan aku ni. Aku bakal menjadi tunangan orang!!! Menandakan komitmen kasih sayang di antara kami berdua. Terima kasih sayangku, abang akan membahagiakanmu sedaya mungkin Insya-Allah. Hati ini telah pun terpaut semenjak kali pertama kita berhubungan. Kasih sayang abang untuk manje adalah ikhlas.
Mak aku sakit balik, semalam aku pergi ke Perak dalam usaha mengubati penyakit mak aku nih. Aku pelik betul di dalam zaman yang canggih-manggih nih masih ada orang kita yang masih tak canggih. Menggunakan ilmu hitam dan sihir untuk melahirkan perasaan tidak puas hati mereka. Biarlah…, selagi aku mampu bertahan aku akan mampu bertahan. Allah bersama mereka yang teraniaya. Setakat ni inilah lokasi yang terjauh pernah aku datang di dalam usaha menyembuhkan mak aku. Aku tak kisah asalkan mak aku sembuh seperti sediakala. Terima kasih kepada Uncle Kelly yang tak pernah jemu mengambil berat akan nasib kakaknya (mak aku). Tuhan je laa yang dapat membalas budi baik uncle tu.
Anyway kepada kawan-kawan jemputlah ke 120, Blok 6, Rumah Pangsa Sri Labuan pada jam 5.00 petang. Aku dan Sabrina amat mengalu-alukan kehadiran kalian semua. Kalau dah sampai mana-mana telefon laa aku. Boleh aku standby kat majlis tu nanti sambut korang manalah tau kalian malu-malu kucing lak.
P/s: Sayang.., terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya. MUAHHHH!!!!!
No comments:
Post a Comment